TUNTUTAN EMAS DI PUBLIC GOLD [ JIKA BERLAKU KEMATIAN ] Jika ada berlaku kematian pada penyimpan emas GAP, dokumen yang diperlukan oleh waris untuk menuntut emas di branch Public Gold adalah:
- Sijil Kematian
- Sijil Perkahwinan [ Suami/Isteri ], [ jika anak adalah pewaris maka kemukakan surat beranak ]
- Salinan IC pewaris
- Surat mahkamah – pindah milik / tadbir harta simati kepada pewaris [ isteri/anak-anak ]
Setelah semua dokumen ada, serahkan semua dokumen lengkap kepada Public Gold di branch yang berdekatan untuk proses pindah milik.
Jika Ada Buat Easy Payment Purchased [ EPP ], waris boleh juga buat tuntutan. Ada 2 kemungkinan ;
[a] Jual kembali kepada Public Gold pada harga semasa tolak 10% penalti atau
[b] Waris boleh buat pembayaran baki nilai emas dan menuntut emas tersebut.
*Tertakluk kepada perubahan terma & syarat dari Public Gold International Berhad.