Apa Itu Public Gold GAP?
GAP ialah singkatan dari Gold Accumulation Program. Ia adalah salah satu cara bagaimana kita boleh membeli emas secara sedikit demi sedikit serendah 1 gram atau RM100 (0.3g++).
Ia kaedah terbaik dan termurah untuk mendapatkan emas serendah 1 gram di Malaysia.
Hari ini 18/01/2021 segram emas harganya RM261.
Kalau korang nak mula terus simpan 10g kiraanya adalah RM261 x 10g = RM261.
Prinsip Syariah Dalam GAP
Kita membeli GRAM EMAS milik Public Gold dengan memindahkan sejumlah wang ke akaun Public Gold. Akad jual beli termeterai secara sah (ijab dan qabul) apabila Public Gold mula merekod pembelian GAP ke dalam penyata atas talian (online statement) pembeli. Ketika memindahkan wang, ia hanyalah sebagai deposit keselamatan (security deposit) atau hamisy jiddiyyah.
Apa Keistimewaan GAP?
Antara kelebihan GAP ialah:
- Boleh beli emas 999.9 dengan bajet minimum serendah RM100 atau 1 gram.
- Beli gram emas melalui akaun GAP dan emasnya disimpan serta dijamin oleh Public Gold. Tiada upah simpan dikenakan. Dari masa ke semasa, kita boleh menambah gram emas kita dengan pembelian seterusnya.
- Beli gram emas melalui akaun GAP dan emasnya kita boleh keluarkan dalam bentuk gold bar atau dinar di mana-mana cawangan Public Gold yang terdekat dengan kita.
- Urusniaga 24 jam sehari 365 hari setahun. Boleh beli dan jual secara online.
- Tiada komitmen bulanan.
Apa Lagi Yang Anda Perlu Tahu?
- Untuk mengaktifkan akaun GAP, baki minimum sebanyak 1 gram perlulah ada pada setiap masa. Kita boleh mengeluarkan kesemua baki gram dalam akaun GAP, tetapi ia akan diklasifikasikan sebagai “tutup akaun”. Caj pembukaan akaun akan dikenakan bila kita ingin membeli melalui kaedah GAP pada masa hadapan.
- Setiap gram yang terkumpul dalam akaun GAP, boleh dikeluarkan dalam apa saja item dalam bentuk gold bar atau dinar. Gold premium yang minimum akan dikenakan, bergantung kepada item emas apa yang kita keluarkan. Bayaran gold premium hendaklah dibayar secara tunai ketika pengambilan emas.
- Akaun GAP boleh dibuka untuk sesiapa saja yang memiliki kad pengenalan. Bagi yang berumur di bawah 18 tahun, akaun akan dinamakan secara bersama dengan ibu atau ayah.
Siapa Yang Patut Membeli Secara GAP?
Sesiapa saja boleh membeli emas di Public Gold menggunakan kaedah GAP. Tetapi biasanya kumpulan berikut akan menjadikan akaun GAP sebagai prioriti :
- Orang yang mahu mengumpul emas secara sedikit-sedikit sehingga tercapai gram yang diinginkan, barulah dikeluarkan emas itu.
- Orang yang mahu mengumpul emas secara sedikit-sedikit atau banyak tetapi ada isu keselamatan apabila menyimpan sendiri.
- Orang yang mahu mengalih simpanan tunai menjadi simpanan emas seperti akaun simpanan di bank.
- Orang yang bekerja atau menetap di luar negara. Sesekali pulang ke Malaysia, bolehlah diambil emas yang dikumpul sekian lama di dalam akaun GAP.
Info tambahan:
Harga GAP dikemaskini sekali sehari pada pukul 12 tengah malam.