Cara Membuka Akaun Emas GAP Public Gold Serendah RM100 Sahaja.
Cara Membeli Emas Dengan GAP
Bagi siapa nak beli GAP untuk KALI PERTAMA, ini langkahnya:
#1 – Masukkan Duit Ke Akaun Public Gold
Masukkan / transfer duit ke akaun PG mengikut harga per gram di www.publicgold.com.my. Kalau harga 1 gram hari ini RM272, maka masukkan duit genap-genap RM272.
Kalau nak beli 2 gram, masukkan terus RM544 (RM272 x 2 gram). Boleh juga buat belian minimum RM100. Tetapi saya syorkan lebih baik genapkan mengikut gram. Mudah nak ingat.
Masukkan / transfer duit ke mana-mana akaun atas nama “PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD” seperti berikut:
- 5571 3923 8048 (Maybank)
- 5071 3410 4563 (Maybank)
- 3167 52 0833 (Public Bank)
#2 – Wassap Maklumat Pembelian
Wassap maklumat ke 019-777 4805 (no telefon PG bahagian GAP). Ikut format yang saya tunjuk ni. Ikut contoh format ni. Attachkan sekali slip bayaran supaya Public Gold dapat sahkan pembayaran. Pembayaran guna online banking paling baik.
KALAU ANDA TAK PAKAI WASSAP, emailkan slip bayaran ke gap@publicgold.com.my bersama dengan maklumat pembelian.
Kalau anda nak letak saya sebagai introducer, cc kan email tu kepada faralaiqa@gmail.com supaya senang saya bantu kalau ada apa-apa yang perlu follow-up dengan Public Gold nanti.
Kalau anda baru pertama kali beli emas Public Gold, pastikan letak nama saya sebagai introducer kalau mahukan bimbingan peribadi daripada saya. Penting letak introducer supaya dealer boleh bantu permudahkan urusan (secara percuma) kalau-kalau ada apa-apa yang perlu follow-up dengan Public Gold.
Untuk letak nama saya sebagai INTRODUCER, kod saya PG00196323, Farah Deba Binti Ayeop Abdul Khalil. Lepas pembelian, boleh wassap kepada saya +60197774805 sebagai makluman.
Saya akan berikan NEXT STEP menjana keuntungan maksimum sebagai penyimpan emas Public Gold. Ada pdf panduan menyimpan dengan konsisten.
#3 – Semak GAP Statement
- PG akan emailkan “username” dan “temporary password” untuk login website. GAP Statement boleh disemak dalam masa 2 HARI BEKERJA di web www.publicgold.com.my.
- Kalau tak terima juga email tu lepas semak dalam SPAMBOX, bagi tahu saya untuk saya follow up dengan PG.
Kalau nak reset password, pergi ke website Public Gold > Login > Forgot Password.
#4 – Pengeluaran Emas Fizikal
Emas tu boleh disimpan dengan Public Gold sampai bila-bila masa tanpa sebarang caj (ianya percuma). Kalau nak simpan sendiri, boleh keluarkan emas fizikal pada bila-bila masa.
Untuk keluarkan emas fizikal, begini prosedurnya:
- Hubungi staff Public Gold di cawangan berhampiran.
- Maklumkan PG code anda dan hasrat nak buat pengeluaran emas fizikal dari akaun GAP misalnya 10 gram.
- Kemudian staff Public Gold akan maklumkan bayaran premium caj dan masa pengambilan emas.
Berdasarkan caj dalam jadual di atas, kalau keluarkan gold bar 1 gram sebanyak 10 keping, maka cajnya RM10 x 10 keping = RM100. Kalau keluarkan gold bar 10 gram sekeping, maka cajnya cuma RM15 x 1 keping = RM15. Lagi berat saiz emas yang dipilih, caj premium lebih murah.
Boleh pilih sebarang item emas LBMA samada dalam bentuk GOLD BAR atau DINAR, asalkan cukup baki gram yang ada dalam akaun GAP tu. Tapi sebelum datang, pastikan call dulu office Public Gold untuk mereka simpankan stok / item yang kita nak tu.
Itulah secara ringkas beli emas melalui GAP. Kalau ada sebagai persoalan lanjut, boleh contact saya 019-7774805 (Whatsapp). InsyaAllah saya boleh bimbing.
- Apa Beza EPPShariah dengan Akaun GAP?
- Cara redeem emas fizikal dari akaun GAP
- Penjual sayur beli 1 gram emas setiap hari!
- Buka akaun GAP bersama (joint account) untuk anak-anak bawah usia 18 tahun.
Semoga perkongsian ini dapat bantu anda lebih memahami cara buka akaun GAP Public Gold.