| | |

Tutorial Beli Emas GAP Public Gold

Akaun Gold Accumulation Program (GAP) adalah salah satu kaedah penyimpanan emas berketulenan 999.9 (24K) secara sedikit demi sedikit serendah RM100 secara online.

Konsepnya sama seperti akaun bank online, bezanya akaun emas GAP Public Gold memaparkan simpanan gram emas manakala akaun bank memaparkan simpanan wang ringgit.

8 Kelebihan Akaun GAP

  • Sesuai untuk penyimpan dengan bajet kecil tapi berterusan (cth RM100 setiap bulan).
  • Sesuai untuk penyimpan yang tidak berani menyimpan sendiri.
  • Tiada had umur, akaun untuk anak-anak boleh dibuka pada seawal kelahiran.
  • Boleh jual/beli secara atas talian di mana-mana sahaja.
  • Simpan emas secara percuma. Tiada yuran bulanan dan tiada caj tersembunyi.
  • Boleh menebus emas fizikal secara fleksibel, serendah 1 gram.
  • Akaun GAP/SAP disahkan patuh syariah – dipantau oleh panel syariah Amanie Advisors Sdn Bhd.
  • Penyimpan boleh membuat pajakan emas GAP Ar-Rahnu secara atas talian bila-bila masa dan di mana sahaja jika memerlukan wang dengan segera.

2 Cara Buka Akaun GAP

  1. Daftar Akaun Gold Accumulation Program (GAP) secara percuma di sini
  2. Dapatkan bantuan dealer Public Gold sah di sini.
emas gap public gold

Download app Public Gold bagi memudahkan anda melakukan pembelian dan penjualan emas melalui akaun GAP

Pembelian Emas GAP

emas gap public gold

Harga emas GAP dikemaskini setiap hari pada jam 12am. Contohnya, harga emas pada 12 Mac 2022 adalah RM287/gram.

Oleh itu, jika anda membeli emas dengan harga RM287 pada hari tersebut, anda akan menerima 1 gram emas.

Jika anda membeli RM100, anda akan menerima 0.3484 gram.

Pembelian gram emas GAP melalui app Public Gold menggunakan kaedah bayaran FPX seperti berikut:

emas gap public gold

Nota Ringkas Akaun GAP

  1. Selepas pendaftaran, anda boleh log masuk menggunakan No KP (tanpa sengkang) sebagai Username dan Password.
  2. Anda boleh membuat pembelian pertama serendah RM100, tiada komitmen bulanan. Selepas pembelian pertama, no ahli PG Code akan dijana. Anda boleh log masuk menggunakan Username: PG Code
  3. Tiada yuran pendaftaran, tiada had simpanan, tiada upah simpanan, tiada tempoh matang dan tiada tarikh luput.
  4. Anda boleh menjual atau memajak emas di dalam akaun melalui sistem.
  5. Anda boleh menggunakan fungsi auto debit untuk menyimpan setiap bulan.

Reference: Public Gold

Share post ni

Similar Posts